Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya,cantik betul.Sungguh!!!sampai saya takut nak pegang.Bukan takut jari jemarinya patah,tapi takut nanti jari jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di satu hari yang dasyat di hadapan yang maha esa.
Saya suka sangat tengok rambutnya.Cantik betul..Sungguh!!sebab itu saya belikan dia tudung.Bukan sebab cemburu orang lain tengok,bukan!!tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa tutup sampai bila2..takut dibakar dek api neraka,di suatu hari yang amat dasyat di hadapan yang maha pencipta.
Saya suka sangat tengok body teman wanita saya..solid betul.Sungguh!!sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan kekasihnya Yang Maha Utama,dia jauh lebih cantik dan berseri menghadapnya.Saya pun tumpang dapat pahala.Syoknyaa!!
Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya.Saya pun macam tu jugak.Si dia tanya ..apa ubatnya bang?'saya pun bagi dia AL QURAN sebagai penenang jiwa..Semoga dia lebih cintakanNYA dari saya.
Saya sedih bila tengok dia selalu pesan macam2..pandu kereta elok2..nanti awak jatuh sakit saya juga yang susah hati.Tapi bila tengok wayang sama2..terlepas waktu asar dan maghrib begitu sahaja dia tidak kata apa2 pun.Aduh berdosanya saya!!!!
Saya memang sayang sangat pada dia.Saya mahu jumpa dia,bersama dia,cinta selama-lamanya.Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat,berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selamanya.
Doakan kami saling ingat-meningati,insaf-menginsafi,Ya allah,ampunkanlah kami..semoga kami dapat kekal selama-lamanya,di syurga nanti.AMIN!!
No comments:
Post a Comment